Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

How Can SOPA and PIPA Effect Bloggers? | My Blogger Tricks

How Can SOPA and PIPA Effect Bloggers? | My Blogger Tricks:

'via Blog this'
sopa and pipa effect on bloggers

Saturday, January 14, 2012

Bring your family on road trips with the New Proton Exora Bold. Test drive for a chance to win Malaysian F1 GP Exclusive passes & tickets!

Bring your family on road trips with the New Proton Exora Bold. Test drive for a chance to win Malaysian F1 GP Exclusive passes & tickets!: Malaysia's popular MPV is now bolder and better! With extra space and a striking design, the Proton Exora Bold offers a comfortable journey for both you and your family to travel in style.

Friday, January 13, 2012

awesome Library..










RM70 million. RM60mil for the building, RM10mil for the interior. A very good price based on its size. judge for your self....

Saturday, January 7, 2012

UndiMsia! : Macam mana ni? (Bab 1)


UndiMsia! : Macam mana ni? (Bab 1)

Friday, January 6, 2012

Malaysian racer, Hafizh Syahrin talks about anti-clockwise motortracks and female racers. #petmos


Malaysian racer, Hafizh Syahrin talks about anti-clockwise motortracks and female racers. #petmos: This 4th episode on motorsports@PETRONAS features local racer, Hafizh Syahrin. He takes a fall on the motortrack but is driven to get ahead at the Eastern Creek International Raceway in Sydney, Australia. Get on speed with his life on the track and find out what Australians think of Malaysian racers.

Monday, December 26, 2011

Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak



mak oi gelinya..

boya ..


relak-relak..

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terbabit di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.
Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis ini.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 kilometer sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

Dalam musim hujan camni kenalah hati-hati dengan anak-anak dan kena pastikan kalau air dah masuk rumah tu pastikan takda apa-apa yang ikut dengan banjir tu contohnya ular, buaya dan binatang merbahaya lain.

Sunday, December 25, 2011

CUEPACS lega 5 isu berbangkit selesai


KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

sumber Bharian

diharap masalah ini akan dapat dirungkaikan demi kepentingan semua kakitangan perkhidmatan awam.

Thursday, December 22, 2011

Siri keluaran baru wang ringgit Malaysia

Akan diedarkan bermula pada Julai 2012, note 50 tu dah lama dah diedarkan. ha kalau korang nak duitni lebih awal sebagai simpanan atau koleksi bolehlah datang ke cawangan BNM berdekatan untuk membelinya hemm...duit dibeli dengan duit!! aku! nak beli? tak payah, tunggu ja julai 2012.







New upgrade superheroes..

Upcoming movie 2012

Synopsis: After Ares betrays Zeus to the Titans, Perseus treks to the underworld to rescue Zeus, overthrow the Titans and save mankind.

Synopsis: Peter Parker (Andrew Garfield) is going back to high school when the next "Spider-Man" hits theaters in the summer of 2012. The film will focus on a teenager grappling with both contemporary human problems and amazing super-human crises.

Synopsis: Betrayed by his own kind and left for dead on a desolate planet, Riddick fights for survival against alien predators and becomes more powerful and dangerous than ever before. Soon bounty hunters from throughout the galaxy descend on Riddick only to find themselves pawns in his greater scheme for revenge. With his enemies right where he wants them, Riddick unleashes a vicious attack of vengeance before returning to his home planet of Furya to save it from destruction.

Synopsis: Eight years after the events of The Dark Knight, Batman faces challenges from the brutal Bane and the stealthy Catwoman.

Synopsis: Superman franchise.plot cerita masih dirahsiakan.

sumber : http://www.movieinsider.com

Friday, December 9, 2011

Gerhana bulan penuh


Gambar hiasan

Gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 10 Disember 2011 bermula sekitar jam 07.31 PM. Kemuncak gerhana penuh pula dapat dilihat sekitar pukul 10.31 PM, jangan lepaskan peluang untuk melihat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah ini disamping memeriahkan suasana dengan bacaan salawat, tasbih serta solat sunat gerhana di masjid sekitar anda. Dijangkakan gerhana penuh ini akan dapat dilihat di kebanyakan tempat di Malaysia.

PLKN 2012

Persekolahan dah kira tutup tirai dah, tapi yang satu ni kena pastikan juga, manalah tahu tersenarai dalam kelompok yang akan menghadiri latihan Khidmat Negara ni. nak pastikan boleh lah semak dekat link ni
-Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak carian.
-Tekan”Semak” untuk membuat semakan.
Melalui Sms pulak buat camni
Taipkan “PLKN SEMAK IC Number dan hantar ke 15888″ (Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20) pun kena bayar jugak?!
apa pun anda tersenarai tak! tahniah dan selamat menjalani latihan dengan penuh semangat jitu.

dasar pemisah atau ‘exit policy’ kakitangan Awam

KAKITANGAN kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini. Penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh markah 70 peratus ke bawah.
“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau merujuk kepada peruntukan dasar pemisah atau ‘exit policy’, salah satu perkara yang terkandung dalam SBPA.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).JPA memberi jaminan tidak akan menganiaya mana-mana kakitangan menerusi dasar pemisah kerana hanya bertujuan memperbaiki sektor awam. :))
hemmm fikir-fikirkanlah.

Thursday, December 8, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Untuk Sepanjang Tahun 2012

Pada member-member keja kerajaan ni jadual pembyaran gaji bagi tahun 2012, jadi senanglah nak budget-budget gaji sampai ke gaji yang seterusnya


JPA NAFI PEGAWAI TINGGI TERIMA RM5,000

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA.

“Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek. Itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini, kelmarin.

Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.

Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.

Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.

Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.

Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA.

“Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM. Jadi ada kenaikan lebih RM1,100,” katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.

“Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam,” kata beliau lagi.

Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus. Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan kelmarin.


sumber Sabahkini.

nak download Pekeliling berkenaan klik sini


Wednesday, November 16, 2011

Hari kanak-kanak sedunia 2011

Hari kanak-kanak sedunia peringkat Negeri Sabah 2011














Saturday, October 29, 2011

Bola..bola..

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Pasukan Sabah apa cerita, yang pada suatu ketika dulu pernah menjadi naib juara piala Malaysia dalam tahun 1996, 2002, 2003 dan juara piala FA malaysia pada tahun 1995. bilakah pasukan Sabah akan bangkit mencabar pasukan lain dan mewarnai kancah bolasepak Malaysia sekali lagi....emmm.

Sunday, October 16, 2011

pameran 3D-SLR IPG kampus Keningau

Pameran 3D-SLR yang sedang berlangsung sehingga 19/10/2011 di Perpustakaan Wil. Keningau




































maung corner © 2008 Template by:
SkinCorner