Friday, December 9, 2011

dasar pemisah atau ‘exit policy’ kakitangan Awam

KAKITANGAN kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini. Penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh markah 70 peratus ke bawah.
“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau merujuk kepada peruntukan dasar pemisah atau ‘exit policy’, salah satu perkara yang terkandung dalam SBPA.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).JPA memberi jaminan tidak akan menganiaya mana-mana kakitangan menerusi dasar pemisah kerana hanya bertujuan memperbaiki sektor awam. :))
hemmm fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Post a Comment

maung corner © 2008 Template by:
SkinCorner