Monday, December 26, 2011

Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak



mak oi gelinya..

boya ..


relak-relak..

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terbabit di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.
Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis ini.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 kilometer sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

Dalam musim hujan camni kenalah hati-hati dengan anak-anak dan kena pastikan kalau air dah masuk rumah tu pastikan takda apa-apa yang ikut dengan banjir tu contohnya ular, buaya dan binatang merbahaya lain.

0 comments:

Post a Comment

maung corner © 2008 Template by:
SkinCorner