Saturday, October 29, 2011

Bola..bola..

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Pasukan Sabah apa cerita, yang pada suatu ketika dulu pernah menjadi naib juara piala Malaysia dalam tahun 1996, 2002, 2003 dan juara piala FA malaysia pada tahun 1995. bilakah pasukan Sabah akan bangkit mencabar pasukan lain dan mewarnai kancah bolasepak Malaysia sekali lagi....emmm.

Sunday, October 16, 2011

pameran 3D-SLR IPG kampus Keningau

Pameran 3D-SLR yang sedang berlangsung sehingga 19/10/2011 di Perpustakaan Wil. Keningau




































Ramai pelajar habiskan masa layari laman sosial

sumber - http://www.bharian.com.my

KANGAR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.
Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat sini malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka.
Ismail berkata, ada pelajar yang berterusan membuang masa dengan laman sosial meskipun di saat menghadapi peperiksaan penting.

Antara kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan termasuk ada kes pelajar lari daripada rumah kerana ingin bertemu rakan barunya yang dikenali dalam laman itu selain kemerosotan pelajaran, katanya.

Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Arau juga bimbang dengan sikap orang ramai yang gemar mendapatkan maklumat mengenai perkara terkini melalui sumber yang diragui di internet.

Menurutnya, mereka sepatutnya mematangkan diri dengan mendapatkan maklumat sebenar mengenai negara dan sesuatu perkara melalui media arus perdana dan sumber yang sebenarnya. - BERNAMA

***tidak terhad kepada pelajar sahaja, malah kakitangan kerajaan juga hehehe

Saturday, October 8, 2011

Safety lock

Setiap inci body ku berharga hehehe
nah cua tah kira beapa jumlah kunci nya basikal si Liau badar ani hehe

Thursday, October 6, 2011

pintasan "Shutdown"

Anda boleh menutup komputer anda dengan ikon pada desktop iaitu dengan mengklik kanan pada desktop anda, klik "New" dan kemudian klik "Shortcut". Dalam ruang "type the location of the item", taip "shutdown-s-t 00" untuk memberikan anda satu cara untuk mematikan komputer dengan segera. (Tukar s-ke-r untuk mencipta pintasan reboot.)
Selamat mencuba.

Wednesday, October 5, 2011

Tip tetikus

Kebanyakan pengguna komputer tidak mengambil kesempatan penuh Tetikus komputer. Berikut adalah tips tetikus komputer dan rahsia yang membantu anda mendapat potensi penuh tetikus komputer anda dan meningkatkan produktiviti keseluruhan anda semasa komputer.

1. Roda tetikus tidak hanya roda, ia juga boleh digunakan sebagai butang. Menekan roda akan bertindak seperti butang tetikus ketiga. Ini boleh digunakan untuk membuka laman web dalam tab dengan klik roda pada mana-mana pautan dan juga boleh digunakan untuk menutup tab dengan mengklik roda mana-mana pada tab terbuka.

2. Mana-mana perkataan boleh dengan mudah dipilih oleh double klik perkataan. Jika anda ingin menyerlahkan seluruh perenggan, klik butang tetikus sebanyak tiga kali pada mana-mana teks dalam perenggan.

maung corner © 2008 Template by:
SkinCorner